Monday, September 28, 2009

Influenza A

Lama betul Dina x menulis blog Dina ni...dalam tempoh beberapa bulan ni macam2 hal yg jd..Alhamdulillah Dina dan family telah selamat menempuh dugaan ini...


Tau kenapa Dina lama menyepi?? Hari tu Dina demam..mula2 ingat demam biasa...panas badan Dina mencecah 39.5C..mama dan papa bawa Dina dan adik ke Klinik Pakar Kanak2 Pelangi...Doktor kata demam biasa...


Alhamdulillah adik dah x demam lg..tp Dina masih macam tu gak..mama dah mula risau..mama desak papa bawa Dina ke hospital..Maka pada suatu pagi..kami bertiga ke Ampang Puteri Specialist Hospital..Dina diberi ubat dan x perlu duduk di hospital...Lega..

Nak tau lagi apa jd selepas itu? Haa...demam Dina x juga baik2...Selepas habis antibiotik mama dan papa bawa lagi ke APSH..Papa mahukan doktor pakar...papa kata doktor biasa hampeh..So Dina diletakkan under pengawasan Dr. Christopher Lim...seorang pakar kanak2..Dina kena amik darah...buat test..then Dina kena cucuk lagi untuk dimasukkan air...wah...gerun sungguh...Tapi Dina strong..

Buat pertama kali dalam hidup Dina ditahan di hospital...Memandangkan hospital full...Dina terpaksa menunggu kat emergency dari jam 8 pg sampai 4 ptg....seksa sungguh..Seksa menunggu...Akhirnya barulah dpt bilik..

Nak tgk x gambar Dina kat bilik 640?



















3 hari selepas masuk hospital...Dina dibenarkan keluar...Doktor kata Dina kena pneumonia...masa kat hospital banyak ubat Dina kena makan...air pulak x henti2 lepas 1 botol...masuk lagi 1 botol...kena sedut gas...yang paling ngeri bila kena masuk 3 syringe besar ubat melalui tangan...dahla ubat tu memang meloyakan...Nurse suruh Dina tadah kot2 termuntah semasa ubat tu dimasukkan..

Ingatkan dah lega tp rupanya demam Dina datang lg selepas 5 hari keluar ward...Kali ni lebih teruk..suhu mencecah 40C..Papa dan mama terus bawa lg ke APSH..Sekali lg Dina buat ujian darah...then ujian H1N1..2 jam selepas tu...ya Allah...Dina positif Influenza A..mcm gelap dunia semua orang..Dina tau semua orang sayang Dina..


Terus Dina ditahan di isolation ward..tempat kuarantin kanak2 senasib dgn Dina..Dina strong...Dina kena lawan virus pembunuh ni..Dengan sokongan semua org..akhirnya Dina sembuh selepas berhempas pulas mkn ubat...tamiflu (antibiotik Influenza A)..menyedut gas setiap 3 jam untuk melancarkan pernafasan....syukur pada tuhan..

Ramai yang suggest jus epal hijau..Maka setiap hari semasa di hospital papa bawakan special untuk Dina jus epal hijau dari air tangan papa..Dina minum even rasanya masam..sebab Dina nak baik cepat2..


Ini pulak gambar Dina di isolation ward...





Dina x macam orang sakit kan?? Sebabnya Dina kuat a.k.a. strong..Dina makan banyak...badan Dina full energy...So kepada anda semua di luar sana...beware of the H1N1...rajin2 menjaga kebersihan dan kesihatan diri..pakailah mask ke mana anda pergi terutama ke tempat awam..

Andai anda terkena jangkitan virus ni..jangan panik...Biarkan selera menguasai anda kerana anda perlukan tenaga yg banyak untuk melawan...Ramai mengatakan meminum jus epal hijau dan jus oren yg pure mampu untuk menolong melawan virus yg datang dr babi ini..Selain itu, makanlah karbohidrat yg memberi tenaga... sebab tu la Dina pesan biarkan selera menguasai anda..Berdoa banyak2...Tuhan Maha Pengasih..


Tidak syak lagi Allah mengharamkan anjing dan babi kerana kedua2 haiwan ini boleh mendatangkan bencana dalam kehidupan kita...

Jumpa esok...


Saturday, July 25, 2009

Exam

Dah banyak hari blog Dina nie sepi...maklumla mama kurang sihat..pastu mama kena buat kerja-kerja rumah lagi walaupun kurang sihat..jadi banyak citer yang belum Dina update dalam blog Dina nie...



Hari nie Dina nak citer pasal apa ek...?? Haa..apa kata kita cakap pasal exam.Sebenarnya hari tu Dina ada exam pertengahan tahun.. Mama kata Dina kena belajar baru dapat result gempak. Tapi malangnya Dina tak dengar cakap mama. Dina tengok tv..Ye la saluran Astro Ceria tu best..ada banyak citer kartun yang Dina suka..ada Ninja Boys, ada Hagemaru (kartun yang paling mama benci), ada Fukuchan, macam-macam lagi laa...



Pastu Dina dapat result yg kurang bagus..tapi bagusla jugak...mama tak marah. Tapi mama kata kalau lain kali Dina dapat excellent...mama akan bagi hadiah..Wow..tu yang buat Dina teruja. Mama nak Dina jadi arkitek. Tapi tau tak...subjek art Dina sume teruk...hihihihi...padan muka mama..Masa mama bawak Dina ambil result kat sekolah, Dina malu-malu..Mama tanya pasal Dina kat teachers...Nasib baik teacher cakap Dina baik..bagus...Fuhh..Lega sungguh..



Mama pun ada jugak bercerita perihal mama zaman muda-muda dulu..Kata mama, dulu masa mama exam kat universiti mama pakat-pakat bawak toyol..TOYOL??? Haa...takutnya Dina..Toyol tu hantu..Tapi mama kata bukan hantu.. Tapi toyol tu kertas kecil yang tertulis jawapan soalan exam...hahahaha...jahatnya mama...kelakar betul..Dulu mama belajar kat Johor..



Mama ada kawan. Nama dia Auntie Jama..Sekarang Auntie Jama jadi lecturer kat tempat mama belajar dulu. Dina pernah ke rumah Auntie Jama di Johor Bahru. Masa tu mama dan papa bawak Dina ke sana sebelum Auntie Jama further study ke South Korea. Nak tengok tak gambar Dina dengan Auntie Jama??


Sunday, July 19, 2009

Hobi

Hai semua...


Haa..apa kata hari ni kita cakap pasal hobi..Tau tak apa hobi Dina?? Dina sendiri pun tak pasti..sebab Dina kan baru 5 tahun..manalah Dina tau..Mula-mula Dina tak faham bila mama cakap hobi. Tak pernah dengar pun perkataan hobi tu..

Dina tanya mama...hobi tu apa mama? Mama kata hobi tu apa yang kita suka lakukan. Dina pun terdiam..Dina fikir jap..banyak yang Dina suka..paling Dina suka, makan. Tapi mama kata makan bukan hobi. Tapi kita kena makan untuk hidup. Wah..banyak betul perkara baru yang Dina tau..

Dina baru teringat Dina ada bela seekor ikan gapi. Dina beli kat pasar malam Batu Caves. Warna ikan gapi Dina merah..Dina yang pilih warna tu..Dina tanya mama lagi, bela ikan tu hobi ke? Mama angguk...Yes..yes!! Dina ada dah ada hobi!!! Sekarang Dina dah ada pet..seekor ikan gapi bernama Micheal Jackson. Nama ni ummi yang bagi masa hari pertama Dina bawa ikan ni balik rumah. Ummi tu sepupu mama.

Nak tengok 'Micheal Jackson' Dina??? Haa ini dia...






Maafla gambar tak memuaskan. Tapi gambar ni Dina tangkap sendiri tau. Dina guna handset mama. Pandai tak Dina? Yang kat bawah ni video Micheal Jackson..berenang-renang dalam akuarium mini..



Dulu Dina dah pernah bela 2 ekor ikan masa Dina tinggal di Penang. Tapi ikan Dina dah arwah sebab Dina belum pandai jaga. Masa tu umur Dina baru 2 tahun lebih. Kata papa, Dina suka sangat nak bela ikan. Sampai nangis-nangis minta dibelikan. Papa kesian then belikan Dina 2 ekor ikan. Selepas papa balik dari offshore, ikan tu dah mati. Dina sedih la jugak. Dina kan budak-budak lagi. Mesti la sedih bila pets Dina mati....

Sekarang Dina berazam untuk menjaga Micheal Jackson baik-baik..Doakan Dina berjaya...Amin..













Semalam Dina janji nak kenalkan ahli keluarga Dina. So hari ni jom kita berkenalan pula dengan papa dan mama Dina..


Papa Dina namanya Mohd Rizal bin Ismail. Papa bekerja dalam bidang oil & gas..Papa seorang engineer di sebuah syarikat minyak. Nama company tu MI Drilling Fluids..Dina pun tak faham bidang kerja papa. Papa selalu tinggalkan Dina dan mama. Dulu papa kerja offshore..Offshore tu apa???


Offshore tu kata papa kerja di tengah-tengah laut. Eeii..takutkan..Papa pergi kerja naik helikopter..Kalau Dina mesti gayat..Dulu papa balik 3 minggu sekali je. Syukurla sekarang papa dah tak kerja offshore lagi..Papa dah masuk balik kerja office..Dina takut sangat papa dimakan jerung..Jerung tu kan besar..


Mama?? Mama pula surirumah yang biasa-biasa aje..Nama mama Norhumaiza binti Rawi. Tugas mama banyak di rumah. Setiap pagi mama hantar Dina ke sekolah. Sekolah Dina tak jauh dari rumah. Dina sekolah kat Smartreader Metro Wangsa, Seksyen 2, Wangsa Maju. Selepas hantar Dina mama balik masak, kemas rumah, basuh kain...macam-macam lagila..Paling penting mama mesti masak. Sebab bila balik dari sekolah Dina mesti lapar. Lapar sangat-sangat...Sampaikan perut Dina nyanyi macam-macam lagu...


Nak tahu...papa dengan mama dulu berkenalan di Universiti Teknologi Malaysia..Papa kata cinta sakan...Nanti Dina pun nak bercinta sakan la jugak..Mama kata kena belajar dulu baru boleh bercinta...Dina tanya mama, mama malu tak bila jatuh cinta? Mama kata tak pun..Hairan betul Dina. Kenapa mama tak malu bila terjatuh..


Dina sayang papa dan mama. Papa dan mama sediakan semuanya untuk Dina dan adik..Oppss...Dina terlupa adik Dina..maklumla Dina dengan adik beza umur jauh. Jom Dina tunjukkan adik Dina.


Haa..inilah adik kesayangan Dina. Nama adik Nur Haifaa Dhania binti Mohd Rizal. Pada artikel ni ditulis umur adik baru nak masuk 7 bulan. Adik Dhania lahir pada 23 Disember 2008.
Dulu sebelum ada adik, Dina selalu minta adik dengan mama. Dina jealous la bila tengok orang lain ada adik. Sepupu Dina, Mimi pun ada adik. Dina nak la jugak...
Bila mama mengandung adik, Dina happy sangat.. Dina tak sabar tunggu adik lahir..Dina cakap kat semua orang Dina nak dapat baby..Wah..seronoknya ada kawan nanti..
Bila adik lahir, Dina tak sabar pula tunggu adik besar. Sekarang adik dah pandai nak ambil barang Dina. Adik suka kacau bila Dina buat homeworks..Hish...geramnya...tapi apapun Dina tetap sayangkan adik. Sebab selalunya Dina yang kacau adik..hahaha..
Tau tak...adik Dina ni garang..Dia suka menjerit...adusss...sakit telinga Dina. Bingit tau..Dhania akan menjerit bila nakkan sesuatu..Kadang-kadang bila mama kat dapur, Dina cubit pipi adik. Geram!!!!!!!

Friday, July 17, 2009

Hi semua...

Nama saya Nur Hanis Addina binti Mohd Rizal. Saya berusia 5 tahun..Terkejut tak budak 5 tahun ada blog sendiri..hahahaha..mama yang buatkan untuk saya. Sporting tak mama saya ? Saya suka sangat bermain komputer dan berharap suatu hari nanti saya jadi seorang yang celik IT.


Ok..nak tau pasal Dina tak ? Nama Dina seperti yang tertulis kat atas..Semua orang panggil saya Dina. Mama yang pilihkan nama nie. Kata mama Nur bermaksud cahaya. Hanis pula bermaksud yang bertaqwa...hmm...Addina pula maksudnya yang menghitung..Begitulah indahnya nama yang mama berikan..


Dina lahir pada 15 September 2004 seawal jam 3.07am waktu tempatan...haa..waktu Malaysia la tu..Berat Dina sewaktu lahir 2.79kg. Panjang dr hujung rambut sampai hujung kaki pulak 48cm.Tapi sebenarnya semasa lahir Dina tak banyak rambut pun...hahahaha..Mama kata semua sayang Dina sebab Dina anak sulung..Dina tanya mama sulung tu apa? Mama kata sulung tu yang pertama la...sebab tu mama nak Dina sentiasa jadi yang pertama...Dina mesti jadi juara...yeah...go Dina go...


Untuk permulaan Dina rasa cukupla takat nie..banyak lagi yang Dina nak ceritakan tapi esokla pulak..Dina janji esok Dina tunjukkan gambar Dina semasa baby..comel tau...





Sapa budak yang comel ni ? Haa..inilah Dina..masa ni umur Dina baru 5 bulan. Gambar ni diambil masa kat rumah moyang Dina. Comel ke tak ? Comelkan Dina..baju tu papa yang belikan semasa kursus di Texas. Tapi Dina cuma pakai sweater ni sekali je untuk bergambar. Lepas tu Dina dah tak pernah pakai dah. Sebabnya tak sesuai dengan iklim Malaysia. Malaysia tak ada salji..Panas...huh..berpeluh-peluh Dina pakai baju tu. Rasa tak selesa sangat.












Yang nie pun comelkan...sebab Dina montel sangat masa baby dulu..mama kata dia risau sangat takut Dina terlebih berat. Tapi Alhamdulillah Dina sihat...hihihi..Kata mama Dina suka muntah. Sampaikan mama tak boleh nak pakai cantik-cantik. Nanti baju cantik mama terkena muntah Dina. Kesian mama...



Papa pernah bawa Dina jumpa pakar kanak-kanak..Doktor kata itu habit..Ehmm....muntah pun habit. Tapi sejak umur Dina 4 tahun habit tu hilang. Mama lega sangat..dia dah boleh pakai cantik-cantik. Tak perlu risau kena muntah Dina lagi..


Sebenarnya Dina baru balik dari rumah Tok Yie. Tok Yie tu ayah saudara mama. Dia tinggal kat USJ 2, Subang Jaya. Wah...kenyang sangat sebab Dina pergi sana makan-makan...Diorang buat birthday party...Ada kek coklat...I love cake...lebih-lebih lagi Secret Recipe..


Penatla sebenarnya..so kita stop untuk hari nie..esok kita jumpa lagi..Esok Dina nak kenalkan ahli keluarga Dina pulak..Bye!!